fbpx

KPPK cadang industri sawit teroka pasaran baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairuddin

KUALA LUMPUR – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) mempertimbangkan tindakan-tindakan bersesuaian bagi menangani sekatan Amerika Syarikat (AS) terhadap produk agrikomoditi negara.

Menterinya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, meskipun AS merupakan pasaran penting bagi produk agrikomoditi, tindakan sekatan dan dakwaan buruh paksa oleh AS perlu diambil tindakan sewajarnya.

“Kementerian menyarankan agar pihak industri sawit termasuk FGV Holding Berhad (FGV) untuk terus meneroka pasaran baharu mengambil kira situasi pandemik COVID-19 masa kini dengan memfokuskan eksport sawit ke negara-negara lain yang berpotensi di benua Afrika seperti Nigeria, Asia Tengah dan sebagainya.

“Di samping itu, bagi mengukuhkan lagi komitmen kerajaan, tiada lagi pengambilan baharu pekerja asing akan dilaksanakan pada masa ini. Oleh yang demikian, isu buruh paksa yang dibangkitkan dan dilaporkan oleh Jabatan Buruh (DOL) merupakan isu lama dan telah pun diambil tindakan oleh pihak industri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan pegawai kanan pengurusan FGV diketuai oleh Ketua Pegawai Komunikasi Strategik Kumpulan, Datuk Najmuddin Abdullah.

Pertemuan tersebut membincangkan isu membabitkan dakwaan Amerika Syarikat (AS) ke atas FGV yang dikatakan mengamalkan buruh paksa selain perkembangan terkini pembangunan industri sawit negara.

Katanya, KPPK pada 2018 telah bekerjasama Pertubuhan Buruh Antarabangsa
(ILO) selaku perunding teknikal kajian telah melaksanakan kajian menyeluruh
situasi buruh dalam sektor perladangan sawit Malaysia.

“Ia dijalankan bagi memastikan hasil kajian yang lebih komprehensif. Kajian ini telah dibentangkan dan diterima oleh Kabinet dan akan dikemukakan kepada DOL AS sebagai salah satu inisiatif untuk mengeluarkan sektor perladangan sawit Malaysia daripada senarai Senarai Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan yang menjadi rujukan kepada CBP AS dalam membuat keputusan,” ujarnya.

Justeru, KPPK berpandangan perlunya satu platform yang lebih adil bagi Malaysia dan AS berunding bagi menangani dakwaan serta tuduhan yang boleh menjejaskan aktiviti perdagangan antara kedua-dua negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI