fbpx

Kerja dari rumah kurangkan pergerakan, interaksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Arahan bekerja dari rumah bertujuan untuk mengurangkan pergerakan dan interaksi individu.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kemungkinan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 akan lebih berjaya jika pergerakan individu dapat dikurangkan.

“Ada pekerja yang sebahagiannnya tidak perlu berada di pejabat. Sebagai contoh, mereka yang bekerja di bahagian perundangan boleh menyediakan perjanjian di rumah, tetapi bahagian perakaunan perlu menyediakan gaji pada hujung bulan, mereka perlu ada di pejabat.

“Ada yang boleh kerja di rumah dan ada yang perlu kerja di lapangan, jadi kita tak boleh nak paksa semua orang kerja di rumah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ujarnya, arahan itu selaras dengan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah yang mahu orang ramai duduk di rumah seboleh mungkin.

Dalam pada itu, beliau berkata, syarikat akan menerima kesan sekiranya tidak mengeluarkan surat perlepasan kepada kakitangan.

“Majikan perlu tahu, jika pekerja mereka yang dibayar gaji penuh tidak datang kerja kerana kesilapan majikan tidak mengeluarkan syarikat, yang rugi ialah syarikat mereka sendiri,” katanya.

Katanya, tindakan kerajaan membenarkan pusat beli-belah dan pasar malam beroperasi mengambil kira faktor kelangsungan hidup peniaga.

“Sebab itu walaupun ada kebebasan untuk membeli-belah, kalau boleh hanya perlu seminggu sekali sahaja keluar, eloklah keluar seminggu sekali sahaja,” jelas beliau.

Semalam beliau mengumumkan arahan kerja dari rumah yang membabitkan hampir sejuta pekerja dalam bidang pengurusan dan penyeliaan bermula hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI