fbpx

Lembu hilang tersekat pada trampolin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lembu tersebut tersekat di sebuah trampolin selepas terlepas dari kandang baru-baru ini. - 9 NEWS

SOUTH GIPPSLAND, VICTORIA – Seekor lembu yang didapati terlepas dari kandang dijumpai tersekat pada trampolin di sebuah rumah di bandar South Gippsland, negeri Victoria, Australia baru-baru ini.

Pemilik rumah, Kay Laing berkata, dia menyedari lembu itu tersekat pada trampolin tersebut yang diletakkan di luar rumah pada waktu malam.

“Saya terpaksa meminta pertolongan jiran untuk mengangkat lembu tersebut menggunakan sebuah traktor sebelum menghubungi pemilik haiwan berkenaan.

“Saya tidak tahu berapa lama masa diambil untuk melepaskan lembu itu, tapi apa yang pasti kami masuk semula ke rumah pada pukul 3.30 pagi,” katanya.

Sementara itu, pemilik lembu berkenaan berkata, kira-kira 40 ekor lembu terlepas dari kandang pada waktu petang dan kebanyakan haiwan itu sudah ditemui sebelum dimaklumkan mengenai insiden lembunya tersekat di trampolin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI