fbpx
Kesan darah mangsa yang terdapat pada kain dan kerusi selepas diserang dengan tukul besi oleh adik iparnya pada 1 Oktober lalu.

Bunuh suami buta untuk harta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Seorang wanita tergamak merancang pembunuhan suaminya yang buta semata-mata untuk mendapatkan harta milik lelaki itu yang dianggarkan berjumlah lebih RM2 juta.

Dalam kejadian kira-kira pu­kul 12.30 tengah hari pada 1 Oktober lalu itu si isteri me­ngupah adik lelakinya untuk datang ke rumah mereka di Jalan Jati, Kampung Sungai Chua di sini dengan tujuan membunuh suaminya yang juga seorang ahli perniagaan.

Bagaimanapun, pembunuhan itu terbongkar pada Sabtu lalu selepas wanita berusia 45 tahun berkenaan ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuatnya yang mendakwa si mati disamun individu tidak dikenali di hadapan rumah mereka.

Sumber memberitahu, pada hari kejadian, mangsa telah didatangi seorang lelaki di pekarangan rumah sebelum suspek bertindak memukul kepalanya menggunakan tukul besi selain melarikan rantai yang dipakai.

DI Hospital Kajang inilah seorang ahli perniagaan menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada 10 Oktober lalu selepas diserang adik ipar sendiri.

 

Susulan kejadian itu, mangsa telah dimasukkan ke Hospital Kajang di sini untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia pada 10 Oktober lalu.

Kata sumber, pihaknya mendapati wujud keraguan dalam laporan yang dibuat isteri pertama mangsa sebelum pihak polis memberkas wanita itu bagi membantu siasatan.

“Isteri mangsa direman selama tujuh hari dan pada Sabtu lalu baru suspek mengaku telah rancang membunuh suaminya bagi mendapatkan harta.

“Suspek turut mengaku me­ngupah adik lelakinya untuk melakukan pembunuhan tersebut dengan menawarkan upah sebahagian daripada harta milik mangsa,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Menurut sumber, suspek dikatakan akan mendapatkan harta termasuk aliran tunai milik suaminya yang berjumlah lebih RM2 juta termasuk RM800,000 daripada insurans ekoran kematian mangsa.

Difahamkan, mangsa berusia 59 tahun yang mengusahakan perniagaan lori dan besi buruk mengalami cacat penglihatan sejak 20 tahun lalu ekoran penyakit genetik keluarga.

Mangsa juga dikatakan mempunyai dua isteri dan enam orang anak berusia dalam lingkungan belasan tahun dan 20-an.

Menurutnya lagi, bertindak atas maklumat itu pihak polis menahan suspek lelaki berusia 42 tahun di kawasan Kajang pada Ahad lalu.

Jelas sumber itu, suspek wa­nita itu turut membawa polis ke sebuah kedai besi buruk milik suaminya yang membawa kepada penemuan senjata yang digunakan ketika kejadian.

“Tukul besi serta rantai leher mangsa ditanam di kedai besi buruk itu.

“Kedua-dua suspek itu masih dalam tahanan reman dan dijang­ka dituduh di mahkamah pada Khamis ini,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Sek­syen 302 Kanun Keseksaan.

BERITA BERKAITAN