fbpx

Belum tetap rebat, guna untuk tambah pegawai penguatkuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIRUDIN ketika menjawab soalan media dalam sidang akhbar hari ini. FOTO ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Kerajaan negeri belum menetapkan sebarang pemberian rebat atau diskaun RM2 kepada lebih 1.1 juta pemegang akaun yang terjejas akibat penutupan empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini berikutan akan menelan perbelanjaan sebanyak RM4juta yang sebaiknya boleh digunakan dalam menampung penambahan pegawai kontrak dalam aspek pemantauan dan pengawalan pencemaran daripada peringkat awal.

“Ada dalam perbincangan (rebat atau diskaun air) namun akan ditetapkan kemudian kerana berbelanja lebih besar.

“Kita tidak mahu seolah-olah menyerah kepada takdir (terhadap) pencemaran ini berlaku. Setiap kali pencemaran kena bayar rebat atau sebagainya yang tidak akan memutuskan tangan-tangan (masyarakat ) yang terpaksa mengambil air setiap hari dan itu tidak berbayar dengan diskaun begitu rupa,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan rekod mendapati lapan kes pencemaran berlaku tahun ini berbanding tujuh tahun lalu dan tiga kes dicatatkan pada September hingga Oktober lalu.

“Kalau hendak kata kita tidak buat apa, 24 jam kawalan dilakukan di lebih 1,000 kilometer terutama melibatkan Lembangan Sungai Langat dan Sungai Selangor yang sangat sensitif dan kritikal.

“Kerajaan negeri telah mengarahkan Pasukan Khas Lembangan dan Alur Air (PAKAR), Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dan Pasukan Pantas Luas menambah kira-kira 20 pegawai kontrak penguatkuasan dan pemantauan sungai terbabit,” ujarnya.

Justeru, Amirudin menegaskan kekerapan terhadap tinjauan dan pemeriksaan sesuatu kawasan lebih baik boleh dilakukan menerusi penambahan pegawai penguatkuasa itu selain membina pondok kawalan tertentu dalam mengesan pencemaran lebih awal.

Dalam perkembangan sama, beliau menambah penggunaan dron akan bermula pada bulan depan dalam mengesan unsur premis bangunan atau perkara berhampiran sungai yang boleh mencemarkan sebelum buat proses penguatkuasaan dalam dilakukan dengan segera.

“Kajian cerapan dron ini akan dilakukan oleh sebuah syarikat yang di kedudukan nombor enam terbaik di dunia dan khidmat mereka telah digunakan bukan sahaja oleh anak syarikat kerajaan negeri malah kerajaan persekutuan dan eropah,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI