fbpx

Aktres Five Vi kini berpurdah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIVE VI

PELAKON Five Vi yang terkenal dengan penampilan seksi kini telah memutuskan untuk berhijrah memakai pakaian menutup aurat termasuk berpurdah.

Selepas mengambil keputusan untuk mengubah penampilannya menjadi muslimah sejati, pelakon filem Terowongan Casablanca itu juga turut menggunting semua kad kredit yang milikinya kerana tidak mahu terlibat dengan riba.

Menurut pemilik nama sebenar Fivey Rachmawati itu, keputusannya untuk berhijrah dibuat kerana dia sudah puas merasai nikmat duniawi dan mahu fokus terhadap akhirat.

“Fokus saya sekarang ke arah amalan akhirat kerana saya mungkin akan meninggal dunia pada bila-bila masa tanpa sempat bertaubat,” ujarnya.

Malah, pelakon berusia 41 tahun itu juga telah membuat keputusan untuk berhenti daripada berlakon selepas membuat keputusan untuk memakai purdah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI