fbpx

Muafakat Nasional akan didaftarkan secara rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar Musa.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Muafakat Nasional akan didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

Itu persetujuan dan jaminan diberikan kepimpinan Muafakat Nasional menerusi sekeping surat yang dikongsi Tan Sri Annuar Musa di Twitter, hari ini.

Surat berkenaan ditandangani bersama oleh wakil dua parti yang mana Annuar bertindak sebagai Setiausaha Agung I dan Datuk Takiyuddin Hassan sebagai Setiausaha Agung II.

Kandungan surat itu antara lain menyatakan bahawa kepimpinan kedua-dua parti telah bersetuju untuk mendaftarkan Muafakat Nosional secara rasmi dengan ROS.

Selain itu, kepimpinan Muafakat Nasional juga bersepakat secara bersama serta memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan datang.

Kenyataan sama turut menjelaskan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Muafakat Nasional yang dijadualkan semalam ditangguhkan seiring arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terutamanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, tidak pula dinyatakan kedudukan parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam gabungan politik berkenaan menerusi kenyataan sama.

Dalam pada itu, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, Muafakat Nasional akan meraikan ulang tahun pertamanya pada 1 November ini.

Justeru, katanya, satu majlis sambutan akan diadakan bagi meraikan usia setahun gabungan politik itu.

“Insya-Allah sambutan genap setahun Muafakat Nasional bakal disambut 1 November, pukul 8 mlm.

“Urusetia sambutan diarahkan menyusun program mengikut normal baharu dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepenuhnya dan yang pasti ia membabitkan sambutan secara maya dan tiada himpunan besar-besaran,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI