fbpx

Dua lagi sekolah di Perak ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SMK Raja Lope Nor Rashid di Tanjung Piandang ditutup hari ini selepas seorang guru disahkan positif Covid-19.

Oleh WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Dua lagi sekolah di negeri ini ditutup selama seminggu berkuat kuasa hari ini berikutan terdapat pelajar dan gurunya dikesan positif Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil negeri, Razman Zakaria berkata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Haji Mohd. Taib, Chemor di Ipoh ditutup berikutan seorang pelajar dikesan positif Covid-19.

Katanya, SMK Raja Lope Nor Rashid di Tanjung Piandang juga diarahkan tutup berikutan seorang guru dikesan positif Covid-19.

“Penutupan dibuat bagi proses nyahkuman atau sanitasi manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Lekir, Sitiawan yang ditutup seminggu sebelum ini, dilanjutkan sehingga 26 Oktober.

“Ini berikutan pihak sekolah mengesan masih ada kes membabitkan kontak rapat,” katanya selepas meninjau projek membaik pulih dan pelebaran jalan di lima lokasi di Gunung Semanggol bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Kerian, di sini hari ini.

Semalam empat buah sekolah di negeri ini termasuk sebuah sekolah agama diarahkan tutup selama seminggu berikutan beberapa pelajarnya disahkan dijangkiti Covid-19.

Sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Kebun di Parit Buntar, SK Klebang Jaya dan SMK Aminuddin Baki, Chemor di Ipoh ditutup sehingga 25 Oktober ini.

Rabu lalu, sebanyak lapan sekolah di Manjung tutup seminggu berikutan terdapat kes disyaki jangkitan Covid-19 di daerah itu.

Mengenai kebimbangan ibu bapa mengenai penularan pandemik Covid-19 di sekolah, Razman berkata, ibu bapa tidak perlu panik.

Malah katanya, tiada keperluan untuk memendekkan baki tempoh persekolahan tahun ini berikutan hanya beberapa sekolah yang merekodkan kes positif.

“Terdapat lebih 1,000 sekolah namun hanya beberapa sekolah yang terpaksa ditutup.

“Jadi tiada keperluan memendekkan tempoh baki persekolahan bagi sesi tahun 2020 dan tiada perubahan dasar dibuat di peringkat kementerian,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI