fbpx

Mitchell julang podium ketiga di Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MITCHELL melakukan kejutan apabila berjaya menaiki podium tempat ketiga pada Kejuaraan ADAC TCR Jerman di Litar Red Bull Ring, Austria semalam.

PELUMBA muda negara, Mit­chell Cheah yang turun sekadar pelumba gantian pada Kejua­raan ADAC Touring Car (TCR) Jerman melakukan kejutan apabila berjaya menaiki podium tempat ketiga pada perlumbaan pusingan kelima di Litar Red Bull Ring, Austria semalam.

Pelumba berusia 21 tahun itu menyertai TCR Jerman bagi menggantikan tempat pelumba Austria, Nicolas Gruber yang menyertai perlumbaan FIA-World Touring Car di Hungary, juga berlangsung semalam.

“Selepas lama berehat, saya gembira dengan keputusan ini kerana berjaya menaiki podium tempat ketiga. Saya memulakan saingan di tempat pertama, namun gagal bermula baik sebelum ketinggalan tiga posisi ke belakang.

“Saya cuba mengejar pelumba hadapan, namun berlaku pelanggaran sekali gus menjejaskan pemanduan saya untuk mengejar pelumba di hadapan. Secara keseluruhan saya sangat gembira kerana berjaya menaiki podium pada perlumbaan ini.

“Terima kasih kepada pasukan kerana menyediakan jentera terbaik minggu ini dan tiada masalah dengan jentera itu sejak mula hari pertama saya di sini,” katanya semalam.

Pelumba Finland, Antti Buri menjuarai perlumbaan tersebut manakala pelumba HP Racing International (DEU), Harald Proczyk di kedudukan kedua.

Pada perlumbaan kedua, impian Cheah untuk memburu podium kedua tidak kesampaian apabila berdepan masalah jentera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI