fbpx

Hasrat 15 PATI ceroboh negara tak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada PATI yang ditangkap dalam dua siri serbuan di Bandar Penawar, Johor pagi tadi.

KUALA LUMPUR- Hasrat sekumpulan 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk memasuki negara ini tidak kesampaian apabila mereka ditangkap dalam dua siri serbuan.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) berkata, tangkapan dilakukan di sektor Op Benteeng kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia oleh pasukan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja pukul 5.45 pagi tadi.

Katanya, Pasukan Quick Reaction Force (QRF) diaturgerakkan setelah menerima maklumat daripada anggota pos pemerhati yang mengesan kehadiran sebuah bot kecil melakukan pendaratan PATI di sekitar kawasan Pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar, Johor.

“Hasil penjejakkan dan serbuan oleh Tim QRF sekitar pukul 5.45 pagi telah berjaya menahan tujuh PATI Indonesia.

“Manakala dalam serbuan kedua sekitar pukul 8.45 pagi pula berjaya menahan lapan lagi PATI. Kesemua 15 PATI yang ditahan adalah lelaki berusia sekitar 22 hingga 45 tahun sedang bersembunyi di hutan berhampiran pesisir pantai tersebut dipercayai baru tiba ke negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nilai rampasan keseluruhan tangkapan dianggarkan berjumlah RM 11,035 melibatkan wang tunai RM 718 dan 14,458,100 Rupiah (RM 4,094) serta 15 buah telefon bimbit dan empat utas jam tangan.

Ujarnya, pasukan meneruskan atur gerak QRF bagi menjejak kemungkinan saki-baki PATI di sekitar kawasan tangkapan.

Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen.

Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI