fbpx

Vanidah kini bergelar pensyarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VANIDAH

KUALA LUMPUR – Pelakon Vanidah Imran melahirkan rasa ­syukur selepas berjaya mencapai cita-citanya untuk bergelar pensyarah separuh masa.

Menerusi satu perkongsian Instagramnya baru-baru ini, Vanidah, 47, memuat naik sekeping foto yang memaparkan dia sedang menyampaikan kuliah secara online bersama pelajarnya.

Malah, pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris, Universiti Terbuka Malaysia itu juga turut meletakkan tanda pagar #FiTA iaitu singkatan bagi Fakulti Filem, Teater & Animasi di Uni­versiti Teknologi Mara.

“Pembelajaran Terbuka Dan Secara Jarak Jauh (ODL) sekali lagi untuk semester ini.

“Haih, bertabahlah pelajar-pelajarku. Semester akhir, perjuangan terakhir. Anda semua boleh!,” tulisnya.

Dia juga turut menyuarakan hasrat untuk membeli sebuah komputer riba baharu dalam masa terdekat kerana terdapat kerosakan pada bahagian skrin.

Vanidah kini menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Seni Persembahan Drama di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Pada ruangan komen, Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-20 itu juga bersyukur ke­rana impiannya tercapai.

Dalam pada itu, rata-rata pe­ngikutnya di Instagram turut mengucapkan tahniah atas kerjaya terbaharu itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI