fbpx

Licik tipu menang kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KLANG – Kelicikan seorang lelaki melakukan penipuan memenangi kereta sejak enam tahun lalu berakhir selepas ditangkap di Jalan Johor, Pelabuhan Klang di sini semalam.

Penahanan suspek yang merupakan penganggur berusia 41 tahun itu dilakukan pukul 1.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, penangkapan suspek susulan laporan dibuat oleh seorang pesara kerajaan berusia 79 tahun dan tinggal di Kelana Jaya dekat sini yang kerugian RM8,000 pada Ogos lalu.

Katanya, dalam kejadian pukul 2.45 petang itu mangsa telah didekati suspek yang memaklumkannya memenangi sebuah kereta jenis Toyota Vios dengan memperkenalkan dirinya sebagai seorang pengarah urusan sebuah pasar raya menerusi kad diberikan kepada pesara kerajaan itu.

Bagi menebus kereta tersebut harus ke sebuah pejabat di daerah ini dengan suspek menaiki bersama kenderaan mangsa.

“Sebaik tiba di sebuah kawasan parkir kereta berdekatan bulatan Berkeley di sini suspek telah meminta kad kredit bersama nombor pin dan lesen memandu untuk tujuan membuat salinan untuk menuntut hadiah kereta tersebut.

“Bagaimanapun, mangsa yang menunggu hampir 30 minit di dalam kenderaannya mendapati suspek tidak kembali sebelum menyedari ditipu,” katanya katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa kemudiannya mendapati pengeluaran sejumlah RM8,000 daripada akaun kad kreditnya sebelum menghubungi pihak bank pukul 5 petang hari sama.

Tambah Nurulhuda, siasatan awal terhadap suspek yang ditangkap itu mendapati aktif sejak 2014 dengan kebanyakan kes penipuan dilakukannya pada tahun ini.

“Hasil siasatan awal turut mendapati suspek terlibat dalam 12 kes penipuan melibatkan modus operandi yang sama.

“Suspek kini direman selama empat hari bermula semalam dan kes disiasat 420 Kanun Keseksaan,” jelasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI