fbpx
Gambar hiasan.

Bayi maut tersedak susu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI – Seorang bayi perempuan berusia 20 hari meninggal dunia disyaki akibat tersedak susu dalam kejadian di rumah keluarganya di Forest City, Tanjung Kupang di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, bayi berkenaan disedari tidak sedarkan diri oleh bapa angkatnya ketika kejadian pada pukul 10 pagi.

“Bayi berkenaan sedang menyusu di rumah sewa bapa angkatnya di Tanjung Kupang. Lelaki berusia 35 tahun itu kemudian mendapati anak perempuannya sudah tidak bergerak dan disyaki tidak bernyawa.

“Dia menghubungi Klinik Kesihatan Tanjung Kupang. Pemeriksaan pihak klinik mengesahkan bayi tersebut telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

Katanya, bayi perempuan berkenaan dilahirkan di HSA pada 27 September lalu belum didaftarkan dan dipercayai anak tidak sah taraf.- K! ONLINE