fbpx

UMNO tidak akan bekerjasama dengan rakan DAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – UMNO mengekalkan pendirian parti itu tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pemimpin politik yang bersepakat dengan DAP.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pemimpin politik dimaksudkan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Saya selaku Setiausaha Agung UMNO juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tetap berpegang teguh kepada pendirian keputusan Mesyuarat MKT (Majlis Kerja Tertinggi) UMNO sebelum ini.

“Kukuhkan BN (Barisan Nasional), mantapkan MN (Muafakat Nasional). Tiada DAP. Tiada hubungan dengan pimpinan yang bersepakat dengan DAP seperti Anwar, Tun M (Mahathir), ” katanya dalam satu hantaran di akaun Twitter beliau hari ini.

UMNO sebelum ini mengumumkan sedang membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan politik Perikatan Nasional (PN) disebabkan tidak berpuas hati dalam beberapa perkara.

Parti itu namun menafikan pertimbangan yang sedang dibuat tersebut mempunyai kaitan dengan dakwaan Anwar mempunyai sokongan kukuh Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Media memetik sumber memaklumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bersemuka dengan Presiden UMNO dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang esok bagi menyelamatkan kerajaan PN. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI