fbpx

Foto tular: Helmet RoboCop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Helmet pengimbas suhu yang dipakai pasukan PB KTMB menjadi tular.

Pada Isnin lalu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengambil inisiatif terbaru dalam memerangi pandemik Covid-19 dengan memperkenalkan helmet pengimbas suhu.

Menurut KTMB, penggunaan helmet berkenaan bagi mengekang penularan Covid-19 di stesen dan dalam tren KTM.

Difahamkan, anggota Polis Bantuan (PB) yang membuat rondaan akan dapat mengesan penumpang bergejala melalui alat teknologi canggih itu.

Inisiatif pihak KTMB tersebut mencetuskan rasa kagum, teruja bahkan terkejutdalam kalangan netizen. Mereka menyifatkan imej PB ketika memakai helmet berkenaan kelihataan seperti hero dalam kebanyakan fillem adi wira yang mengenakan topeng atau kostum.

Bahkan, ada yang menyamakan penampilan PB KTM seperti watak dalam filem RoboCop.

Mereka turut mendoakan agar usaha KTMB itu dapat membantu menyekat penularan virus bahaya tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI