fbpx

Dua beranak terbunuh Honda Civic rempuh papan tanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua beranak terbunuh apabila Honda Civic dibaiki lima sekeluarga terbabas merempuh papan tanda arah di Kilometer 78 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Ayer Hitam, Kluang tengah hari tadi. - Foto IHSAN BOMBA

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

KLUANG – Dua beranak terbunuh selepas Honda Civic dinaiki terbabas dan merempuh papan tanda jalan dalam kemalangan di Kilometer 78 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara tengah hari tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd. Amirudin Abd. Razak, 19, iaitu penumpang belakang kanan dan Abd. Razak Mohd Mahudin, 50, penumpang hadapan.

Katanya, mangsa yang cedera pula ialah Mohd. Hamizan Abd. Razak, 27, yang juga pemandu kereta, serta Rahimah Yaman, 49, dan Nurul Nahirah Abd. Razak 21, yang duduk di tempat duduk penumpang belakang.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian terus ke balai pada 12:08 tengahari.

“Satu jentera dari BBP Ayer Hitam dengan kekuatan keseluruhan seramai tujuh anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

“Pasukan Tindakan Kecemasan di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan Honda Civic telah terbabas melanggar papan tanda arah.

“Terdapat lima mangsa iaitu tiga lelaki dewasa dan dua perempuan dewasa. Bomba bertindak mengeluar mengeluarkan mangsa cedera iaitu dua perempuan dewasa dengan menggunakan peralatan khas dan seorang mangsa iaitu lelaki dewasa telah keluar dengan sendiri.

“Manakala, terdapat dua mangsa yang telah disahkan meninggal dunia oleh Pembantu Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Klinik Kesihatan Simpang Renggam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, semua mangsa cedera dihantar ke Hospital BatuPahat dengan menggunakan dua Ambulans KKM dari Klinik Kesihatan Simpang Renggam.

“Mangsa meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan lebih kurang 1.23 petang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI