fbpx

Video bersin ditonton lebih 10 juta kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pelajar pe­rempuan di Indonesia tergamam selepas mendapati klip video bersin yang dimuat naik secara tidak sengaja menjadi tular di Internet, lapor akhbar Daily Mail.

Jiddana Dusturia yang tinggal di sebuah kampung di Kabupaten Banyuwangi, Jawa Timur mendakwa dia sebenarnya secara tidak sengaja memuat naik klip itu di TikTok sebelum tidur.

Rakaman video menerusi akaun @jiddussgrinaaa03 sudah ditonton lebih 10 juta kali dalam tempoh kurang satu minggu.

Berdasarkan rakaman, Jiddana dilihat membetulkan kedudukan tudung semasa duduk di hadapan kamera dan tiba-tiba bersin.

Remaja yang berpakaian seragam sekolah itu kemudiannya mengambil keputusan untuk menamatkan rakaman.

Bagaimanapun, dia mendakwa secara tidak sengaja memuat naik rakaman ke akaun sendiri dan dapat dilihat kira-kira 762,000 pengikutnya.

“Saya bersin semasa membuat rakaman video dan secara tidak sengaja menekan butang muat naik semasa mahu menamatkan rakaman,” katanya.

Jiddana memberitahu, dia cuma menyedari kesilapan itu selepas menerima berpuluh-puluh mesej dalam grup perbualan TikTok bahawa klip videonya kini tular menerusi aplikasi perkongsian For You Page.

Rata-rata penonton klip itu mendakwa ramai individu suka melihat reaksi dia bersin dan aksi secara spontan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI