fbpx

Penagih lepas gian di rumah sendiri kena cekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penagih dadah (tengah) ditahan selepas ujian air kencingnya positif dadah menerusi Ops Cegah di Pasir Puteh kelmarin.

Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pasir Puteh berjaya menahan enam penagih dadah sewaktu mereka sedang khayal menerusi Ops Cegah dalam beberapa serbuan berasingan yang dijalankan di daerah ini kelmarin.

Ketua Pegawai AADK Pasir Puteh , Azlina Mohd. Zain berkata, seramai lapan anggota AADK telah menyerbu beberapa buah rumah sebelum menahan enam lelaki berusia 19 hingga 50 tahun.

“Beberapa penagih bertindak agresif dan berlaku pergelutan sebelum mereka berjaya digari.

“Siasatan mendapati, mereka melepaskan gian di dalam bilik rumah masing-masing dan tidak melakukan secara berkumpulan seperti kebiasaan di sekitar semak atau rumah kosong selepas penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) yang giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Azlina, ujian saringan ujian air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, bagaimanapun, tiada sebarang penemuan dadah sewaktu serbuan kerana mereka hanya mendapatkan bekalan dadah sekadar untuk melepaskan ketagihan.

“Daripada jumlah tangkapan itu, tiga daripada mereka terdiri daripada individu kes berulang manakala tiga lagi adalah penagih baru,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Penagih Dadah (APD) Rawatan dan Pemulihan 1983 dan Seksyen 4(1)(b) akta yang sama.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI