fbpx

Kerjasama PDRM, ATM perkukuh kawalan sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis Serah Terima Tugas Bagi Penugasan Op Benteng Covid-19 antara Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi (kiri) dengan Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Superintendan Nor Azizan Yusof di Markas Taktikal PGA Lubok Stol.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal diperkukuhkan menerusi rondaan bersama disepanjang kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Hasan Basri Ahmad Safar berkata, jalinan kerjasama itu secara tidak langsung mampu mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.

Menurutnya, beliau yakin jalinan kerjasama itu mampu memberikan kesan positif dalam mengurangkan aktiviti jenayah rentas sempadan.

“Kerjasama boleh direalisasikan menerusi rondaan secara bersama menggunakan kenderaan atau berjalan kaki.

“Kita juga boleh tempatkan anggota PGA dan ATM secara bersama di kawasan Sekatan Jalan Raya (SJR) dan Sekat Pintas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Serah Terima Tugas Bagi Penugasan Ops Benteng Covid-19 antara Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi dengan Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Superintendan Nor Azizan Yusof di Markas Taktikal PGA Lubok Stol di sini semalam.

Hadir sama, Panglima Briged Kelapan Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Zamsari Abu Hasan.

Hasan Basri memberitahu, pihaknya turut mengemukakan permohonan kepada ATM untuk menambahkan lokasi pemasangan kawat berduri dibeberapa lagi kawasan di sempadan negeri ini.

Katanya, pemasangan itu menunjukkan impak positif dalam membendung kegiatan jenayah rentas sempadan.

Hasan Basri berkata, PGA mahu memperkasakan lagi unit risikan berkait aktiviti penyeludupan.

Katanya, maklumat risikan merupakan suatu elemen yang penting bagi memastikan jenayah rentas sempadan berjaya dikekang.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI