fbpx

Pemandu Myvi, tunang dituduh hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Honda Accord mangsa terbalik selepas dilanggar sebuah kereta yang terbabas berdekatan Plaza Pelangi, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan sehingga menyebabkan seorang anggota tentera maut di Taman Pelangi di sini pada Sabtu lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Selain wanita berusia 23 tahun itu, turut dijangka dituduh ialah tunangnya yang merupakan pemilik kereta jenis Perodua Myvi tersebut.

Pemandu wanita itu berdepan lima pertuduhan termasuk di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tunangnya pula bakal menghadapi tiga pertuduhan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan perkara itu.

“Betul, pendakwaan akan dibuat esok (hari ini),” katanya ringkas.

Kelmarin, Ayob Khan memaklumkan, kertas siasatan berhubung kes itu telah dilengkapkan dan diserahkan kepada Pejabat Pendakwaan Negeri Johor untuk proses selanjutnya.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi Sabtu lalu, pemandu kereta jenis Honda Accord, Laskar Kanan Mohd. Rizal Buseri, 31, maut di tempat kejadian setelah dirempuh Perodua Myvi yang dipandu wanita yang terbabas.

Pemeriksaan ke atas pemandu wanita itu mendapati ujian air kencingnya dipercayai positif methamphetamine, tiada lesen memandu serta cukai kenderaan tamat tempoh.

Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca kerana kenderaan Perodua Myvi hilang kawalan sebelum merempuh Honda Accord dan Proton Iswara yang berhenti di persimpangan lampu isyarat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI