fbpx

Sukar untuk terima maaf – Isteri Mohd. Rizal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Nurul Asyiken bersama arwah suaminya dan anak-anak mereka.

JOHOR BAHRU – Isteri kepada Laskar Kanan Mohd. Rizal Suberi sukar untuk menerima permohonan maaf wanita yang merempuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu sehingga maut dalam nahas jalan raya Sabtu lalu.

Nurul Asyiken Amir berkata, dia tidak boleh memberikan sebarang jawapan kerana kejadian itu telah memberikan kesan mendalam buat dirinya serta tiga anak mereka.

“Bila saya terpandang wajah anak-anak, memang sukar untuk terima kenyataan suami telah pergi, apatah lagi permohonan maaf oleh wanita yang menyebabkan kematian suami.

“Nak maafkan dia? Agak susah nak jawab lagipun saya terkilan sebab suami saya tidak bersalah dalam soal ini apatah lagi ketika kejadian dia sedang tunggu di lampu isyarat, tiba-tiba dirempuh oleh pemandu itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, pemandu wanita berkenaan, Nur Fatin Nasrah Suhaimi, 23, memohon maaf kepada keluarga mangsa di atas pemanduannya sehingga meragut nyawa mangsa dalam nahas jalan raya tersebut pada Sabtu lalu.

Dia berkata demikian di Mahkamah Majistret di sini hari ini ketika dihadapkan atas tuduhan memandu kereta di bawah pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian Mohd. Rizal di lampu isyarat Kilometer 4, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi pada pukul 8.24 pagi, 10 Oktober lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI