fbpx

KJ, Adham Baba ketuai Jawatankuasa Khas Akses Bekalan Vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham.

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 akan ditubuhkan bagi memastikan bekalan vaksin dapat diperoleh dengan kadar segera, selamat dan sempurna.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, penubuhan jawatankuasa itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung hari ini.

Beliau berkata, dia akan mengetuai jawatankuasa khas itu secara bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba bagi tujuan menyediakan rangka kerja dan pelan perolehan serta pengagihan vaksin Covid-19 apabila diluluskan untuk kegunaan di Malaysia.

“Menerusi jawatankuasa itu, beberapa Jawatankuasa Kecil (JKK) dengan skop tugas akan turut dibentuk merentasi pelbagai kementerian dan agensi bagi memudah cara dan mempercepatkan pelaksanaan tugas ini.

“Skop tugas JKK termasuklah pemilihan vaksin, komunikasi, pendaftaran dan kelulusan, kewangan, penstoran, logistik dan pengangkutan serta pengagihan vaksin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khairy berkata, keputusan penubuhan jawatankuasa khas itu adalah penting bagi memastikan persediaan awal yang rapi dibuat sebelum bekalan vaksin diterima untuk kegunaan seluruh rakyat Malaysia.

Kosmo! hari ini melaporkan China bersetuju mengutamakan Malaysia sebagai penerima vaksin Covid-19 yang dibangunkan negara itu.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI