fbpx

Berat badan saya naik 20kg – Shaheizy Sam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shaheizy mengakui kuantiti dan jumlah makanan yang diambilnya bertambah sejak tempoh PKP dilaksanakan.

KUALA LUMPUR – Pelakon Shaheizy Sam mengakui mengalami penambahan berat badan melampau iaitu sebanyak 20 kilogram (kg) sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) gara-gara tabiat pemakanan yang tidak dikawal.

Menurut pemenang Anugerah Bintang Paling Popular 2010, 2012 dan 2014 itu, semasa PKP, dia banyak mengambil makanan ringan terutamanya keropok dan biskut secara berlebihan.

“Saya mengakui memang sejak PKP saya makan dengan banyak sehingga lama-kelamaan tabiat ini tidak boleh dihentikan,” ujarnya sewaktu dihubungi Kosmo! Online.

Bahkan, Shaheizy atau nama penuhnya, Shaheizy Sam Abdul Samad juga memberitahu semasa PKP, isterinya yang juga pelakon Syatilla Melvin rajin memasak dan menyuruhnya makan dengan banyak untuk menaikkan berat badan.

“Tetapi selepas melihat perubahan mendadak bentuk tubuh saya, sekarang dia (Syatilla) pula yang risau dan meminta untuk saya kembali menurunkan berat badan,” katanya.

Menurut pelakon filem Polis Evo itu, berat badannya kini mencecah 85 kilogram (kg), sekali gus membuatkan kebanyak bajunya tidak lagi muat untuk dipakai.

Menyedari tentang perubahan fizikal pada dirinya, Shaheizy berkata, dia kini baharu sahaja memulakan semula rutin senaman dan akan mengawal pemakanan untuk menjaga kesihatan.

Terdahulu, sekeping foto yang dimuat naik Syatilla sedang memeluk Shaheizy dalam Instagramnya semalam telah mengundang usikan netizen.

Dalam perkongsian tersebut, Syatilla telah meluahkan rasa gembira selepas Shaheizy tamat menjalani kuarantin selama 14 hari di sebuah hotel di Kuala Lumpur sejurus pulang dari Sabah pada 29 September lalu.

“Yeayyy my somi is back!!!! (suami saya sudah balik).

“Hari ini datang tengok studio kami. Studio dah nak siap!” ujar usahawan produk kecantikan itu beserta tanda pagar #bukanafdlinshauki.

Bagaimanapun, perkongsian rasa gembira oleh Syatilla itu mengundang usikan netizen yang turut terkejut dengan penampilan Shaheizy termasuk bentuk tubuhnya kelihatan lebih berisi.

Menerusi komen-komen yang ditinggalkan netizen, rata-rata bersetuju penampilan aktor tersebut mirip seperti pelakon dan pengarah, Afdlin Shauki.

Shaheizy telah menjalani kuarantin selama 14 hari selepas pulang daripada Sabah bagi memberi sokongan kepada abang iparnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRM) Sabah bulan lalu. – K! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI