fbpx

16 diberkas berpesta liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
16 individu ditahan ketika mengadakan pesta liar semalam.

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

KLUANG – Seramai 16 individu termasuk lima wanita yang sedang berpesta liar ditangkap polis dalam serbuan di sebuah rumah inap desa di Taman Seri Impian di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, dalam serbuan pada pukul 1.30 pagi itu, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 16 hingga 25 tahun.

“Bertindak di atas maklumat awam sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang telah membuat serbuan di kawasan perumahan Taman Seri Impian, Kluang, Johor.

“Kita berjaya menahan sembila lelaki dan lima wanita selepas disyaki terlibat dalam pesta dadah terbabit,”katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Hang Seng berkata, hasil ujian air kencing mendapati sembilan lelaki dan seorang wanita positif dadah jenis methamphetamin, amphetamine dan ketamin.

Jelasnya, dalam serbuan itu juga polis turut menemui syabu dengan anggaran berat 4.87 gram dan merampas peralatan seperti lampu ‘strobe’ serta pembesar suara.

Beliau berkata, kesemua suspek direma selama lima hari sehingga 18 Oktober ini untuk membantu siasatan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 , Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 dan Peraturan 11 (1) PPKPB 7/20 .

“Orang ramai diingatkan sentiasa mematuhi segala standard operasi prosedur (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dalam membendung penularan wabak Covid-19,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI