fbpx

VPCM, Tarik Jeans lancar koleksi Modern Nostalgia pt.2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fesyen Modern Nostalgia pt.2 menampilkan rekaan diinspirasikan daripada suasana bengkel.

KUALA LUMPUR – Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) bekerjasama dengan jenama fesyen tempatan, Tarik Jeans bagi melancarkan koleksi pakaian eksklusif edisi terhad Modern Nostalgia pt.2.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, Modern Nostalgia pt.2 yang bersifat lebih premium berbanding Modern Nostalgia mengambil inspirasi daripada suasana di bengkel kenderaan.

Menurutnya, Modern Nostalgia pt.2 didatangkan dengan pelbagai koleksi pakaian seperti jaket denim yang dijual pada harga RM259, baju bekerja (RM159) dan baju T (RM79).

“VPCM bangga dapat memainkan peranan di Malaysia bagi membawa perubahan. Walaupun Covid-19 mengganggu perjalanan kempen ini, kami kekal komited dengan projek berkenaan.

“Bersama-sama rakan kami di Tarik Jeans, saya percaya kempen ini akan berjaya dan saya menggesa semua peminat Volkswagen dan jenama Tarik untuk melakukan pembelian,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Barangan daripada koleksi lengkap Modern Nostalgia boleh dibeli di laman web Tarik Jeans, Shopee dan Zalora.

50 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan daripada kempen itu akan didermakan kepada Hutan Simpan Kenaboi di Negeri Sembilan pada Hari Tapir Sedunia pada 27 April 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI