fbpx

PIDM Siri 5: Pelindung komuniti anda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perlindungan diberikan PIDM memastikan hak pengguna sentiasa terjamin.

“Ingat PIDM, ingat perlindungan!”

Jika anda telah mendengar slogan ini di televisyen atau radio baru-baru ini, sudah tentu anda tahu mengenai Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

Sempena Bulan Literasi Kewangan 2020 yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN), pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang bulan ini.

Selaku ahli FEN, PIDM menyokong inisiatif ini.

Tujuannya inisiatif ini pula tidak lain dan tidak bukan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan literasi kewangan dan menggalakkan perubahan tabiat kewangan ke arah lebih positif.

Ada tiga perkara yang perlu diketahui mengenai PIDM. Pertamanya ialah PIDM merupakan pihak berkuasa kerajaan yang melindungi simpanan dan manfaat takaful dan insurans anda.

Kedua, PIDM melindungi simpanan anda sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit di setiap bank ahli serta manfaat takaful atau insurans anda sehingga RM500,000 sekiranya bank ahli atau ahli penginsurans bankrap.

Perkara ketiga ialah perlindungan PIDM adalah percuma dan automatik, tiada permohonan dan pembayaran yang diperlukan.

 

PIDM selaku pihak berkuasa kerajaan melindungi simpanan dan manfaat takaful serta insurans pengguna.

Oleh kerana itu, orang ramai lebih memahami akan tanggungjawab seorang anggota bomba, mari kita gunakankan bomba sebagai perumpamaan.

Pasukan bomba dipanggil untuk melindungi orang ramai semasa kecemasan. Mereka merupakan salah satu daripada pasukan petugas kecemasan yang serba berkebolehan dan mereka respons terhadap pelbagai panggilan kecemasan.

Hari ini, peranan pasukan bomba semakin meluas dengan penglibatan dalam komuniti-komuniti setempat.

Mereka meningkatkan kesedaran awam, menjalankan pemeriksaan keselamatan kebakaran dan menyampaikan mesej pencegahan kebakaran serta keselamatan kepada orang ramai.

Terdapat persamaan antara peranan PIDM dengan pasukan bomba, tetapi dalam konteks sistem kewangan.

Pertama, PIDM melindungi konsumer kewangan. Seperti pasukan bomba, PIDM adalah pelindung.

Ia melindungi konsumer kewangan dengan menginsurans simpanan mereka di bank serta manfaat takaful atau insurans yang layak sekiranya sesebuah bank ahli dan ahli penginsurans jatuh bankrap.

Orang ramai tidak perlu bimbang atau panik kerana PIDM akan membayar balik wang mereka dalam bank dan memenuhi tuntutan manfaat takaful dan insurans yang layak.

Kedua adalah kesedaran awam. Sebagaimana anggota bomba bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk mendidik orang ramai tentang keselamatan kebakaran, PIDM juga terus mendidik orang ramai mengenai peranan dan sistem perlindungan yang ditadbirnya.

PIDM mendekati pelbagai kumpulan pemegang kepentingan menerusi iklan, brosur dan bahan maklumat, serta taklimat dan latihan.

Ia kerana kesedaran dan pemahaman yang lebih baik tentang PIDM dapat membantu konsumer kewangan membuat keputusan kewangan yang lebih baik dan melindungi diri mereka daripada penipuan.

PIDM juga sentiasa bersedia. Sama seperti latihan kebakaran yang dijalankan oleh jabatan bomba, PIDM kerap menjalankan simulasi kegagalan institusi ahli secara berkala pada waktu biasa untuk menguji keupayaan kakitangan, infrastruktur dan sistemnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti sepanjang Bulan Literasi Kewangan, layari laman web www.fenetwork.my.

Bagi maklumat lanjut mengenai PIDM pula, anda boleh layari laman web www.pidm.gov.my, hubungi talian tol percuma 1-800-88-1266 dan melawat laman Facebook PIDM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI