fbpx

KFA tolak peletakan jawatan Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL RAHMAN (tengah) bersama ahli jawatankuasa eksekutifnya meneliti initipati mesyuarat khas yang dijalankan di The Jerai Hotel, Alor Setar semalam.

Oleh MOHD RAFIE AZIMI

MESYUARAT khas Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menolak hasrat Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor untuk melepaskan jawatan selaku presiden badan induk bola sepak negeri itu.

Timbalan Presidennya, Datuk Abdul Rahman Abdullah berkata, keputusan itu dicapai secara sebulat suara dalam mesyuarat yang berlangsung semalam

“Mesyuarat mencapai kata sepakat bahawa pentadbiran Muhammad Sanusi setakat ini berjalan dengan cukup baik terutamanya berkaitan urus tadbir dan menyelesaikan beberapa isu berbangkit dalam persatuan.

“Tiada sebab kukuh untuk beliau meletak jawatan memandangkan di bawah pentadbiran Muhammad Sanusi, beberapa isu besar telah diselesaikan antara­nya kejayaan melengkapkan proses penswastaan kelab bola sepak (FC) dalam tempoh singkat, selain urus tadbir efisien terutamanya dalam mengawal selia kewangan semasa persatuan serta peruntukan pasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di The Jerai Hotel di Alor Setar semalam.

Hadir sama ketiga-tiga naib presidennya iaitu Khamal Idris Ali, Mohd. Yusuri Yusof dan Muhammad Radhi Mat Din.

Sebelum ini Muhammad Sanusi dilaporkan telah menghantar surat kepada KFA pada 25 September lalu bagi melepaskan jawatan berkuat kuasa 15 Oktober ini dengan alasan mahu memberi tumpuan terhadap pentadbiran negeri.

Abdul Rahman berkata pihaknya akan merayu kepada Muhammad Sanusi supaya setidak-tidaknya kekal menyandang jawatan tersebut hingga penghujung musim ini.

“Namun kita amat berharap supaya beliau dapat terus memimpin hingga habis penggal kepimpinan KFA kali ini iaitu pada 2022. Malah ketika ini pun, kami tidak langsung menimbangkan lain-lain calon untuk berada di kerusi Presiden selain Muhammad Sanusi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI