fbpx

Seorang kakitangan LSC di Mid Valley positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR- Seorang kakitangan London Sales Cosmetics Sdn. Bhd.(LSC) yang mengoperasikan cawangan Origani and Élévatione Time Stops di pusat beli-belah The Garden (TGM) dan Surreal by Élévatione Time Stops di Mid Valley Megamall (MVM) disahkan positif Covid-19 hari ini.

Perkara itu disahkan oleh pengurusan TGM dan MVM dalam satu kenyataan hari ini.

“Kakitangan itu memaklumkan pengurusan LSC pada 9 Oktober lalu bahawa seorang ahli keluarganya terdedah kepada virus itu.

“Dia terus menjalani kuarantin diri dan saringan Covid-19 diaturkan ssebelum disahkan positif semalam,” menurut kenyataan itu yang disiarkan di laman Facebook MVM.

Jelas pengurusan MVM, kakitangan itu tidak menunjukkan sebarang gejala.

Kementerian Kesihatan telah dimaklumkan dan pengesanan kontak telah dimulakan.

“Pembersihan dan pembasmian kuman di ketiga-tiga cawangan di bawah LSC serta semua kawasan umum di seluruh dua pusat membeli-belah sedang dijalankan.

“Ketiga-tiga kedai ditutup serta-merta sehingga diberitahu kelak,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI