fbpx

Tampilkan aksi penuh bermaruah – Nidzam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIDZAM menggesa anak-anak buahnya fokus untuk meraih kemenangan ke atas Selangor pada aksi terakhir Liga Super di Stadium UiTM Shah Alam malam ini.

KETUA jurulatih pasukan Felda United, Mohd. Nidzam Jamil mahu barisan pemainnya mempamerkan aksi penuh bermaruah menjelang aksi ter­akhir Liga Super menentang Selangor malam esok meskipun kelab itu dibelenggu dengan masalah dalaman.

Sebagai rekod, skuad The Figthers yang ditubuhkan pada tahun 2007 telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Bagaimanapun, Nidzam mahu anak-anak buahnya tidak terlalu memikirkan mengenai masa depan kerana apa yang lebih penting ketika ini adalah mereka berusaha untuk memastikan pasukan menamatkan saingan di luar zon penyingkiran.

Kata Nidzam, pertemuan menentang Selangor itu boleh dianggap sebagai aksi hidup mati buat pasukannya yang kini menduduki tangga ke-11 Liga Super selepas mengutip tujuh mata daripada 10 perlawanan.

“Ia adalah perlawanan yang cukup mencabar kerana Se­langor yang dibimbing jurulatih baharu dilihat mempamerkan corak berkualiti ketika menewaskan PDRM 0-7 minggu lalu.

“Justeru, saya mahu pemain beraksi dengan penuh maruah kerana pasukan perlu mengutip tiga mata penuh jika mahu keluar dari zon penyingkiran.

“Saya tidak mahu barisan pemain hilang fokus kerana isu dalaman pihak pengurusan kerana selepas ini kita akan mengharungi aksi Piala Malaysia pula,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam perkembangan sama, Nidzam menafikan dakwaan bahawa ada pasukan yang sudah berusaha untuk meman­cing khidmatnya sekiranya pa­sukan Felda United tidak lagi beraksi pada tahun depan.

“Secara jujur, saya masih ada kontrak hingga 2021 dan masih belum menerima apa-apa tawaran yang sahih daripada pa­sukan lain untuk saingan musim depan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI