fbpx

Sokong keputusan pimpinan pusat tidak bertanding PRK Batu Sapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung Moktar

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) Sabah menyokong keputusan pimpinan pusat tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pihaknya sebelum ini sudah membincangkan hal itu di peringkat negeri dan pimpinan BN negeri sudah bersetuju sebulat suara mengenai perkara berkenaan.

“Kita menghormati dan menyokong keputusan itu memandangkan Sabah ketika ini berdepan dengan gelombang pandemik Covid-19 dan jumlah individu positif terus meningkat setiap hari.

“Keputusan ini juga selaras dengan tumpuan kerajaan negeri ketika ini iaitu untuk membendung penularan wabak Covid-19,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, adalah lebih baik bagi kerajaan negeri dan BN memberikan tumpuan untuk membantu rakyat menangani keperitan hidup akibat kegawatan ekonomi disebabkan pandemik yang belum berkesudahan ini.

Terdahulu, Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, menerusi kenyataan medianya baru-baru ini menyatakan keputusan BN untuk tidak bertanding pada PRK Batu Sapi adalah disebabkan peningkatan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan.

PRK Batu Sapi perlu diadakan berikutan kematian Ahli Parlimennya, Datuk Liew Vui Keong minggu lalu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI