fbpx

Pejalan kaki maut dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU – Seorang pejalan kaki maut selepas dirempuh oleh sebuah kereta di Kilometer 26, Lebuhraya Pasir Gudang, di sini, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa, Goh Yeng Soon, 51, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata,  ketika kejadian, kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 31 tahun sedang dalam perjalanan ke Johor Bahru dari Pasir Gudang.

“Apabila kereta itu sampai di tempat kejadian, mangsa secara tiba-tiba telah melintas jalan dari arah sebelah kiri menyebabkan berlakunya kemalangan tersebut.

“Pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahrulanuar berkata, pemandu kereta berkenaan mengalami kecederaan ringan di bahagian muka dan keretanya mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

Katanya, usaha mengesan waris atau ahli keluarga mangsa yang berasal dari Taman Tasek Utama, Ayer Keroh, Melaka itu sedang giat dijalankan.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini agar dapat tampil ke Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam untuk membantu siasatan.

“Sebarang maklumat berkenaan boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran atau melalui hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui hotline IPD Seri Alam di talian 07-3864222,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI