fbpx

Jangan bimbang keselamatan anak di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.
Vidyananthan

Oleh KHAIRUL MOHD ALI

JOHOR BAHRU – Masyarakat dinasihatkan untuk tidak berasa bimbang dengan keselamatan murid dan pelajar sekolah di negeri ini kerana sejarah Covid-19 di institusi pendidikan berkenaan adalah rendah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, hal itu ekoran tindakan pencegahan yang telah diambil pihak sekolah dan jabatan terbabit.

Katanya, pihaknya bagaimanapun sentiasa bersedia untuk mengambil tindakan siasatan dan kawalan segera sekiranya berlaku penularan.

“Kebelakangan ini telah dilaporkan keterlibatan sekolah di dalam siasatan kes Covid-19 apabila berlakunya kes positif yang dilaporkan dalam kalangan warga sekolah di negeri Johor.

“Sekiranya situasi ini berlaku, tindakan siasatan dan kawalan akan diambil segera oleh Jabatan Kesihatan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Vidyananthan berkata saringan kontak serta ujian Covid-19 akan dijalankan pada individu yang dikenalpasti serta arahan kuarantin dan pengasingan di rumah selama 14 hari akan dibuat.

“Selain itu, tindakan kawalan seperti disinfeksi kawasan terlibat serta penutupan kelas atau kawasan terlibat juga akan dilakukan bagi memastikan tiada penularan di dalam sekolah,” katanya.

Tambahnya, pihak sekolah diingatkan untuk memastikan pematuhan kepada prosedur operasi standard norma baharu yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ibu bapa juga dinasihati untuk sentiasa memberi kerjasama kepada pihak sekolah dan Jabatan Kesihatan dengan mematuhi nasihat dan arahan kuarantin yang diberi,”ujarnya

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan terdapat lima kes Covid-19 baharu direkod di negeri ini semalam membabitkan seorang individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah dan empat kes daripada kontak rapat positif Covid-19.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI