fbpx

Enam kapal China ditahan ceroboh perairan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vesel dari China yang ditahan kerana memasuki perairan perikanan Malaysia tanpa kebenaran. Foto IHSAN APMM

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Sebanyak enam buah vesel menangkap ikan dari China ditahan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili kerana memasuki perairan negara tanpa kebenaran semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohd. Zulfadli Nayan berkata, vesel berkenaan ditahan pada pukul 9 pagi di perairan Johor Timur selepas pihaknya mendapat maklumat percerobohan daripada Lembaga Pelabuhan Johor.

Katanya, kapal ronda APMM telah mengesan enam vesel penangkapan ikan asing yang mana tiga vesel sedang merapat antara satu sama lain di dua kedudukan berbeza masing-masing pada 2.1 dan 2.3 batu nautika selatan Tanjung Setapa.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua vesel yang berdaftar di Qinhuangdoa, China itu dikendalikan oleh enam nakhoda dan 54 orang kru warga China berumur lingkungan 31 hingga 60 tahun.

“Mereka gagal mengemukakan sebarang kebenaran berlabuh di lokasi berkenaan daripada Jabatan Laut Malaysia serta kebenaran daripada Jabatan Perikanan Malaysia dan Lembaga Pelabuhan Johor,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 16(3) Akta Perikanan 1985 kerana Nakhoda vesel perikanan asing memasuki perairan perikanan Malaysia tanpa pemakluman.

Kes juga disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar (OPS) 1952 kerana berlabuh tunggu tanpa kelulusan/pemakluman Pengarah Laut.

“Enam nakhoda dibawa ke pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk tindakan lanjut dan kesemua mereka turut menjalani ujian saringan Covid-19 sebagai langkah pencegahan penularan pandemik terbabit,”katanya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI