fbpx

Buruh mati sakit jantung ketika menjala ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Lotffi (terbaring) meninggal dunia akibat serangan jantung ketika sedang menjala ikan di tepi Sungai Kampung Keting, Gunong dekat Bachok semalam.

Oleh ROHANA MOHD. NAWI

BACHOK – Seorang buruh meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika sedang menjala ikan di tepi Sungai Kampung Keting, Gunong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman, berkata, sebelum kejadian mangsa, Mohd. Lotffi Hamid, 40, pergi ke sungai berkenaan bersama isterinya kira-kira pukul 2.30 petang.

Katanya, mangsa telah menjala ikan di sungai itu sebelum menyuruh isterinya pulang ke rumah ekoran keadaan cuaca gelap dan bimbang hujan turun ketika itu.

“Sewaktu isteri mangsa berada di rumah, seorang lelaki telah memaklumkan bahawa Mohd. Lotffi ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi sungai berkenaan.

“Isteri mangsa kemudian bergegas semula ke sungai itu kira-kira pukul 5.30 petang dan mendapati suaminya sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Samsulmuddin berkata, pihak polis dari Balai Gunong di sini menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira 6 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa mempunyai sejarah penyakit jantung telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk bedah siasat.

Menurutnya, hasil bedah siasat yang dijalankan, doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI