fbpx

MKN Persekutuan perincikan PKPB Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Amin ( tengah) mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan PKPB Daerah Klang di bilik gerakan negeri bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor hari ini.

SHAH ALAM – Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerajaan Persekutuan akan mengumumkan perincian pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Klang.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini hasil sidang khas MKN bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara maya pukul 11 pagi tadi.

Menurutnya, Mesyuarat Penyelarasan PKPB Daerah Klang telah dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya, bagi pihak beliau pagi tadi.

“Kerajaan negeri telah menyampaikan segala maklum balas dan cadangan berkaitan perlaksanaan PKPB (dengan beberapa ubah suai) kepada Sidang Khas MKN bersama Muhyiddin secara maya pagi tadi.

“MKN di bawah Kerajaan Persekutuan akan mengumumkan perincian perlaksanaan PKPB Klang,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Beliau turut menjelaskan kerajaan negeri akan terus mengadakan saringan bersasar Covid-19 di kawasan merah di negeri ini sebagai langkah lanjutan bagi mengawal perebakan pandemik tersebut.

Kosmo! hari ini melaporkan penduduk di Klang, Selangor dan Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah diarah untuk menjalani PKPB selama 14 hari selepas diklasifikasikan sebagai zon merah kerana mempunyai lebih 40 kes positif Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI