fbpx

Tempahan Hyundai Sonata baharu kini dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tempahan Hyundai Sonata kini dibuka.

KUALA LUMPUR – Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) kini membuka tempahan model Sonata generasi kelapan bermula semalam.

Tempahan boleh dibuat dengan bayaran RM888 di semua cawangan Hyundai di seluruh negara.

Menurut Pengarah Urusannya, Low Yuan Lung, model dengan rekaan lebih moden itu dijangka akan dilancarkan sebelum tahun hadapan.

Katanya, menggunakan enjin Smartstream G2.5 Dengan kapasiti enjin 2.5 liter dan transmisi enam kelajuan automatik.

“Kombinasi itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 180 PS pada 6,000 rpm dan torm maksimum 232Nm pada 4,000 rpm.

“Model ini juga dilengkapi dengan empat mod pemanduan Eco, Smart, Sport dan Comfort,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, apa yang menarik Sonata baharu akan memberi pengalaman pemanduan yang berbeza berbanding pesaing terdekatnya.

“Pemandu boleh memantau kawasan titik buta dengan paparan secara langsung di panel meter Sonata ini.

“Sonata generasi kelapan ini dibina menggunakan Advanced High Strength Steel (AHSS),” tambahnya.

Maklumat lanjut boleh menghubungi Hyundai di talian 1300-13-2000 atau layari laman web www.hyundai.com.my. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI