fbpx

PPZ-MAIWP sedia bantu mahasiswa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Prihatin akan rintihan dan keluhan penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT), Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mewujudkan inisiatif sumbangan kewangan Musaadah Khaira Siswa PPZ khusus untuk penuntut yang memerlukan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shukri Yusoff berkata, sumbangan itu diwujudkan bersama-sama dengan agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk membantu penuntut IPT di seluruh negara yang terkesan dengan penangguhan pendaftaran secara fizikal di institusi masing-masing.

“Seperti sedia maklum, beberapa buah IPT terpaksa mengambil keputusan untuk menangguhkan pendaftaran secara fizikal berikutan peningkatan semula kes penularan wabak Covid-19.

“Penangguhan ini secara tidak langsung telah memberi kesan kepada penuntut IPT yang telah hadir mendaftar dan merancang perjalanan lebih awal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Shukri berkata, dana permulaan yang disediakan di bawah program itu berjumlah RM100,000 terbuka kepada penuntut IPT bagi menampung keperluan semasa seperti pengangkutan dan penginapan.

“Penuntut IPT yang ingin memohon boleh mula membuat permohonan dalam talian melalui musaadahsiswa.zakat.com.my bermula hari ini hingga 9 Oktober.

“Semoga sumbangan ini dapat memudahkan pelbagai pihak terutamanya dalam meringankan sedikit beban penuntut IPT dan ahli keluarga,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI