fbpx

Teksi, e-hailing dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi semasa PKPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, hari ini menetapkan hanya teksi, perkhidmatan e-hailing dan penghantaran makanan sahaja dibenarkan beroperasi sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan berkuatkuasa pada 7 Oktober bermula pukul 12.01 malam.

Pengerusi LPKP Sabah, Datuk Chin Kim Hiung berkata, ketetapan berkenaan dikeluarkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan kerajaan persekutuan bermula esok.

Katanya, waktu beroperasi bagi teksi dan perkhidmatan e-hailing akan bermula pukul 6 pagi sehingga 8 malam setiap hari manakala perkhidmatan penghantaran makanan pula dari pukul 6 pagi sehingga 6 petang sahaja.

“Pengangkutan awam lain seperti bas mini, bas henti-henti, bas ekspres dan kereta sewa tidak dibenarkan beroperasi buat sementara waktu sehingga 20 Oktober dan perkhidmatan ini juga tidak dibenarkan memasuki Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang sepanjang tempoh PKPB.

“Selain itu, semua teksi dan perkhidmatan e-hailing turut tidak dibenarkan keluar daripada kawasan PKPB. Ibu pejabat LPKP Sabah juga ditutup sepanjang tempoh PKPB,” katanya dalam satu kenyataan  di sini hari ini.

Menurut Kim Hiung,  prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan untuk penumpang, pemandu teksi dan pemandu perkhidmatan e-hailing.

Katanya,  semua penumpang, pemandu teksi, pemandu perkhidmatan e-hailing dan pekerja yang terlibat dengan aktiviti pengangkutan awam adalah diwajibkan memakai pelitup muka.

“Mereka turut diwajibkan menggunakan cecair basmi kuman sebelum dan selepas menaiki kenderaan pengangkutan awam selain mematuhi penjarakan fizikal dengan jumlah penumpang maksimum yang dibenarkan seramai dua orang sahaja.

“Semua pemandu teksi dan perkhidmatan e-hailing juga diwajibkan membuat pembersihan kenderaan selepas penghantaran penumpang apabila tamat waktu operasi,”ujarnya.

Tambahnya, penumpang yang bergejala adalah tidak dibenarkan untuk menaiki kenderaan pengangkutan awam.

“Ketetapan terbabit selaras dengan arahan Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melaksanakan PKPB di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan semalam,”ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI