fbpx

KKM pertingkat kapasiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Sebanyak 6,759 katil membabitkan 2,820 katil di hospital Kementerian Kesihatan (KKM) dan 3,975 katil di Pusat Kuarantin dan Berisiko Rendah disediakan bagi merawat pesakit Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kadar penggunaan katil bagi kedua-dua fasiliti tersebut adalah di tahap 36 peratus dan 29 peratus di seluruh negara.

“Bagi jumlah katil Unit Rawatan Rapi (ICU) pula, sebanyak 437 katil dikhususkan bagi pesakit Covid-19 dengan kadar penggunaan sebanyak enam peratus.

“Sebanyak 1,505 alat mesin pernafasan juga disediakan di hospital KKM dengan kadar penggunaan sebanyak 37 peratus bagi seluruh negara dan ini termasuk penggunaan bagi pesakit bukan Covid-19,” katanya pada sidang akhbar secara maya di sini hari ini.

Beliau berkata, selain itu, terdapat enam hospital pakar khusus bagi Sabah yang merawat pesakit Covid-19 iaitu Hospital Queen Elizabeth; Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah; Hospital Tawau; Hospital Lahad Datu; Hospital Duchess of Kent Sandakan dan Hospital Keningau.

Menurutnya, bagi menampung peningkatan kes, wad tambahan telah dibuka bagi hospital tersebut melibatkan Bangunan Kompleks Sukan Likas; Bangunan Kompleks Sukan Tawau; Dewan Arena Tawau, Kompleks Penjara Tawau dan Bangunan Institut Latihan KKM (ILKKM); Dewan Tun Hj Mustapha; dan Dewan Rafflesia (ILKKM), PPR Batu Putih.

“PPR Bubul Ria juga dibuka bagi menempatkan kes di daerah Semporna dan Asrama Sekolah Menengah Agama untuk kes daerah Kunak.

“Kapasiti katil bagi enam hospital KKM dan 10 Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) masing-masing 710 katil dan 1,886 buah katil,” katanya.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, sehingga semalam kadar penggunaan katil adalah sebanyak 75 peratus di hospital KKM dan 35 peratus di PKRC.

“Bagi Perkhidmatan Rawatan Rapi pula, Sabah mempunyai 72 katil dikhususkan bagi merawat pesakit Covid-19 yang kritikal dan kadar penggunaan adalah sebanyak 38 peratus.

“KKM telah dan sedang mengatur pasukan bantuan terdiri daripada Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih untuk membantu petugas kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mengendalikan wad-wad tambahan ini.

“Pada masa sama, KKM telah menghantar aset perubatan tambahan untuk kegunaan hospital-hospital di Sabah,” katanya. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI