fbpx

Dua ahli sindiket Macau Scam didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikejiofor (kiri) dan Shahrulnizam (kanan) didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan melakukan pakat jenayah penipuan Macau Scam.-Foto ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Dua ahli sindiket Macau Scam didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pakat jenayah penipuan, Februari lalu.

Tertuduh, Ikejiofor John Maduka, 40, yang merupakan warga Nigeria dan Shahrulnizam Ramli, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sabreena Bakar@Bahari.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua mereka bersetuju melakukan pakat jenayah dengan mendorong seorang lelaki mendaftarkan perniagaan Sumitomo Global serta membuka akaun bank bagi melakukan penipuan ke atas Engro Corporation Limited.

Perbuatan itu dilakukan mereka di sebuah bank di Seksyen 15, di sini di antara 4 hingga 21 Februari lalu.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 120B (1) Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin menawarkan jaminan RM10,000 dan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh.

Peguam Fazli Zakaria yang mewakili Ikejiofor manakala Shahrulnizam diwakili Peguam Muhammad Zufar Elias memohon pengurangan wang ikat jamin.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM6,000 hanya kepada Shahrulnizam bersama seorang penjamin sementara Ikejiofor tidak dibenarkan diikat jamin susulan perlu membuktikan mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah.

Tarikh sebutan semula kes pada 11 November ini.

Dalam pada itu, difahamkan sindiket Macau Scam itu telah beroperasi sejak bulan Mac tahun lalu dengan mencari keldai akaun dari penduduk negara ini. Akaun-akaun bank yang diperoleh akan dihantar ke ‘ibu pejabat’ sindiket di Nigeria.

Sindiket ini dikatakan telah mengaut keuntungan sebanyak RM3 juta daripada mangsa. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI