fbpx

Sabah mohon MKN luluskan penutupan lokasi tumpuan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh Ivan Amirul

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri memohon Majlis Keselamatan Negara (MKN) meluluskan penutupan beberapa tempat tumpuan ramai seperti sekolah, rumah ibadat, tamu, perpustakaan awam dan taman awam di negeri ini sepanjang tempoh larangan rentas daerah yang bermula 3 sehingga 16 Oktober depan.

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor berkata, semua langkah berkenaan sudah diputuskan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah Covid-19.

“Ia berikutan berlakunya peningkatan jumlah kes positif Covid-19 di Sabah sejak beberapa hari ini. Bagaimanapun, pelaksanaan langkah berkenaan tertakluk kepada persetujuan MKN yang bertanggungjawab berkaitan menangani penular wabak terbabit di negara ini.

“Antara perkara-perkara yang sudah diputuskan jawatankuasa mengikut persetujuan MKN termasuklah membenarkan operasi premis perniagaan untuk perkhidmatan dan barangan perlu,” katanya di sini tadi.

Jelasnya, penutupan pasar raya kecuali premis perniagaan yang membekalkan perkhidmatan atau barangan perlu selain tidak membenarkan pelanggan makan di dalam restoran, kedai makan serta gerai.

“Selain itu, menutup semua lokasi tumpuan orang awam seperti tamu, pasar malam, pasar tani, semua rumah ibadat, perpustakaan awam, taman awam, pusat rekreasi tertutup atau terbuka,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hajiji turut menyatakan jumlah penumpang bagi perkhidmatan bas henti-henti juga harus dikurangkan sebanyak 50 peratus daripada kapasiti sebenar manakala menghadkan kapasiti dua orang sahaja di dalam setiap kenderaan persendirian,” katanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI