fbpx

Bahan buangan dan sebatian organik punca pencemaran air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran Facebook Tuan Ibrahim mengesahkan punca pencemaran air.

KUALA LUMPUR – Bahan buangan dan sebatian organik tersisa dikenal pasti sebagai punca utama pencemaran air yang menjejaskan operasi Lori Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih sejak semalam.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, punca itu dikenal pasti selepas sejumlah bahan buangan dan sebatian organik dijumpai di kawasan belukar di Jalan Emas, Kawasan Perindustrian Nilai, Negeri Sembilan.

“Berdasarkan sisa buangan bau busuk hampir sama dengan bau yang menjadi punca LRA Sungai Semenyih henti tugas semalam,” katanya dalam hantar di laman Facebook rasminya hari ini.

Sementara itu, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam satu kenyataan berkata, sisa buangan haram yang berbau busuk itu disyaki diuruskan oleh syarikat tidak berdaftar.

Katanya, sampel tanah sudah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia manakala Majlis Bandaraya Seremban dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) membersihkan sisa pukal di lokasi tersebut hari ini.

“Siasatan polis, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Jabatan Alam Sekitar akan merujuk kepada penemuan di kawasan itu sebagai sumber sekunder.

“Pengurusan Air Selangor masih belum dapat memulihkan bekalan kerana kesan bau yang masih kuat iaitu tujuh hingga lapan ton,” katanya.

Tambahnya, pihak terbabit sedang berusaha untuk memulihkan bekalan secepat mungkin apabila kesan bau dapat dikurangkan kepada sifar ton.

Kenyataan itu turut menyebut kawasan pembuangan sisa organik terbabit dikawal rapi oleh JAS dan polis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI