fbpx

Pemandu maut, asid hidroklorik melimpah di KLK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah lori tangki membawa bahan kimia yang terbabas dan terbalik di Kilometer 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak semalam.

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

BENTONG – Seorang lelaki maut selepas lori tangki dipandunya yang membawa muatan cecair kimia terbabas di Kilometer 43 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di sini malam semalam.

Kejadian kira-kira pukul 9.19 malam itu yang menyebabkan kesesakan jalan lebih dua kilometer turut mengemparkan pengguna jalan raya apabila bahan kimia jenis asid hidroklorik melimpah di atas jalan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Kamarulzaman Jusoh, kejadian kira-kira pukul 9.19 malam itu berlaku ketika mangsa P. Siniwasan,56, sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Bentong.

“Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok batu sebelah kanan menyebabkan lori tangki berkenaan terbalik melintang jalan.

“Akibat pelanggaran tersebut tangki lori berkenaan telah pecah mengakibatkan muatan asid hidroklorik  melimpah di atas jalan serta sekitar kawasan kemalangan manakala mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.

Jelas beliau, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah melakukan kerja pembersihan dan pemantauan di kawasan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI