fbpx

UPSI edar FAQ bantu salur maklumat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran memegang FAQ yang dikeluarkan oleh UPSI untuk membantu pelajar mendapat maklumat yang tepat dan jelas.

KUALA LUMPUR- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan edaran Soalan Lazim (FAQ) bagi memberi maklumat terperinci dan tepat kepada pelajar institut pengajian tinggi (IPT) itu.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, pendekatan itu diambil ekoran kenyataan akhbar dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) agar semua IPT menangguhkan pendaftaran secara fizikal.

“Kerajaan dan masyarakat bimbang dengan penularan pandemik Covid-19 akhir-akhir ini, malah pelajar memerlukan maklumat yang jelas dan tepat dalam mengikuti pengajian mereka.

“Justeru, FAQ dikeluarkan terbahagi kepada tiga segmen iaitu penangguhan pelajar pulang ke kampus, pengajaran dan pembelajaran serta Pusat Latihan Menhajar dan Industri,”katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Menurutnya, FAQ terbabit mengandungi 27 soalan dan jawapan sebagai panduan kepada semua pelajar UPSI mendapatkan lebih jelas.

“FAQ itu sudah dimuatkan di laman facebook rasmi universiti supaya semua pelajar mendapat penjelasan yang spesifik dan jelas.

“Kami juga mengambil langkah berhati-hati dalam menguruskan pendaftaran pelajar baharu serta perjalanan kuliah yang paling selamat iaitu secara online demi keselamatan pelajar,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI