fbpx

Dua kapal berlanggar di Perairan Tanjung Kling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan dua buah kapal yang berlanggar berdekatan Terminal Tanjung Bruas, Perairan Tanjung Kling di sini, semalam.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA – Sebuah kapal pengangkut pasir dan kapal tangki dilaporkan berlanggar di lautan pada jarak 2.4 batu nautika arah barat daya Terminal Tanjung Bruas, Perairan Tanjung Kling di sini, semalam.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan membabitkan kedua-dua anak kapal dalam insiden yang berlaku pada pukul 11. 38 pagi itu.

Jabatan Laut Malaysia (JLM) dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku ketika kapal pengangkut pasir MV Oceanline 5001 dalam pelayaran dari kawasan tambakan Kota Laksamana.

“Kapal MV Oceanline 5001 ketika itu dalam perjalanan ke lokasi pengambilan pasir luar Had Pelabuhan Melaka telah melanggar bahagian tengah sebelah kiri sebuah kapal tangki, MT Strovocos yang pada ketika itu sedang berlabuh sauh di dalam Had Pelabuhan Melaka.

“Akibat perlanggaran itu, kedua-dua kapal ini telah mengalami kerosakan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya lagi, bagaimanapun kerosakan itu tidak menyebabkan kedua-dua kapal tersebut tenggelam ataupun memberi ancaman sebarang pencemaran alam sekitar seperti tumpahan minyak dan sebagainya.

“Insiden itu juga tidak melibatkan sebarang kematian mahupun kecederaan pada kru kapal terbabit ataupun pihak ketiga.

“JLM melalui JLM Wilayah Tengah juga telah menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi memperincikan kejadian ini dan sentiasa memantau situasi tersebut bagi mengekalkan keselamatan pelayaran kapal-kapal serta penjagaan alam sekitar marin dari tercemar,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI