fbpx

UTM tangguh pendaftaran semua pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UTM tangguh pendaftaran pelajar secara fizikal dan pelajar boleh daftar menerusi atas talian. -GAMBAR HIASAN

Oleh SHARKAWI LONDING

JOHOR BAHRU – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memutuskan untuk menangguhkan sementara pendaftaran semua pelajar baharu dan lama ke kampusnya di Skudai dan Kuala Lumpur sehingga pengumuman seterusnya dimaklumkan.

Pejabat Naib Canselor UTM dalam kenyataan memaklumkan, semua pelajar tidak perlu hadir ke kampus untuk membuat pendaftaran dan pembelajaran.

Katanya, pelajar boleh melakukan secara dalam talian sehingga ke satu tarikh dimaklumkan kemudian dengan melihat perkembangan terkini Covid-19 dari semasa ke semasa.

“Selain itu, Minggu Mesra Mahasisawa (MMM) UTM untuk pelajar baharu akan juga dijalankan secara dalam talian.

“Pelajar yang telah hadir ke kampus akan dibantu untuk penempatan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan, sebarang maklumat lanjut dan terkini berkenaan sebarang perkara berhubung semester 1 2020/2021 akan dimuat naik dari semasa ke semasa.

Jelasnya, maklumat boleh diperoleh menerusi https://www.utm.my/faq-pp-sem-1-2020-2021/ atau juga boleh menghubungi talian hotline 01118687022 (8.30 pagi – 4.30 petang; Ahad-Rabu dan 8.30 pagi – 3.00 petang; Khamis).

“Sehubungan dengan itu, pemakluman rasmi yang dikeluarkan pada 25 September dan pekeliling berkaitan oleh Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) adalah terbatal.

“Semua pelajar diingatkan untuk sentiasa peka terhadap sebarang pemakluman terkini dan mematuhi arahan ditetapkan dalam menangani pandemik Covid-19,” ujar kenyataan itu. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI