fbpx

Sanusi sedia lepaskan jawatan Presiden KFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANUSI tumpang gembira dan mengucapkan tahniah di atas kemenangan KL City yang menjulang Piala Malaysia edisi ke-100 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur kelmarin.

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

MENTERI Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor memberi bayangan bahawa beliau akan melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang baru disandangnya pada 12 Julai lalu.

Bagaimanapun Sanusi berkata, beliau akan berundur selepas berjaya menyelesaikan segala hutang KFA termasuk tunggakan gaji pemain yang ditinggalkan oleh pihak pengurusan sebelum ini.

“Saya bercadang untuk menyerahkan urusan bola sepak kepada mereka yang lebih layak memikulnya.

“Ada ramai lagi tokoh yang lebih layak untuk urusan ini. Bagaimanapun, saya akan kekal sebagai penyokong setia pasukan Hijau Kuning,” katanya menerusi status yang dimuat naik di laman Facebook miliknya semalam.

Kelmarin, Sanusi mengumumkan, pasukan Kedah akan menggunakan nama Darul Aman FC (DFC) dan logo baharu selepas melengkapkan proses penswas­taan skuad Helang Merah baru-baru ini.

Pada masa sama, beliau juga mendedahkan logo baharu yang dicadangkan untuk DFC.

Sementara itu, dalam status berasingan di laman Facebook miliknya juga, beliau telah memberi gambaran bahawa logo yang didedahkan olehnya itu seolah-olah hanya bersifat sementara.

Malah, beliau turut memuat naik gambar beberapa logo yang didakwanya dihantar oleh para peminat Kedah kepadanya.

“Insya-Allah akan dipertimbangkan (penukaran logo). Pada peringkat ini, Kedah kena selesaikan dulu keperluan untuk penswastaan kelab bola sepak (FC) mengikut syarat ditentukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI