fbpx

Adik Haqiem Rusli, Zali kini penyanyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZALI muncul dengan single perdananya berjudul Pewangi ciptaan Haqiem dan Ibnu.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Haqiem Rusli menyokong penuh cita-citanya adik kandungnya, Zali Rusli untuk menceburkan diri dalam dunia nyanyian.

Kata Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli, 22, walaupun adiknya masih muda iaitu berusia 15 tahun, dia tetap memberi sokongan tidak berbelah-bahagi untuk adiknya menjadi seorang penyanyi.

ZALI perlu bersedia untuk belajar benda baharu bagi menjadi seorang penghibur berjaya.

“Harapan saya untuk Zali,  biarlah dia bersedia untuk belajar benda baharu. Dia sangat muda dan sebagai seorang abang, saya sentiasa dia beri galakan agar dia menjadi seorang penghibur.

“Saya percaya apa yang dia lakukan sekarang adalah benda yang positif dan akan membuatkan orang gembira,” katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Dalam pada itu, Haqiem yang popular dengan lagu Segalanya memberikan nasihat agar adiknya itu menjadi penyanyi berilmu.

“Kena belajar tentang banyak muzik dan pembuatan lagu. Sebagai abang, saya doakan yang terbaik,” kata Haqiem.

Zali Rusli muncul dengan single perdananya berjudul Pewangi ciptaan Haqiem sendiri dan Ibnu. Lagu tersebut akan dilancarkan tepat pukul 12 malam ini menerusi semua pelantar muzik seperti Joox, Spotify, Deezer dan lain lain.

Video muzik Pewangi akan dilancarkan bermula pukul 8 malam esok di channel YouTube FMC Music. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI