fbpx

Perhilitan tangkap dua ekor gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gajah yang berjaya ditangkap susulan aduan orang awam berkenaan sekumpulan gajah liar yang berkeliaran dekat kawasan hutan belukar di Felda Bukit Easter pagi semalam.

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Dua daripada sekumpulan gajah liar yang berkeliaran dekat kawasan hutan belukar di Felda Bukit Easter berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara (Perhilitan) petang semalam.

Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, operasi berkenaan dijalankan susulan aduan orang awam yang diterima pada sebelah pagi yang melaporkan tentang sekumpulan gajah berada di kawasan perkampungan tersebut.

“Tangkapan melibatkan gajah betina yang berjaya ditangkap pada pukul 2.30 petang manakala gajah kedua ditangkap adalah gajah jantan yang ditangkap pada pukul 7.30 petang.

“Keadaan gajah dalam keadaan sihat dan aktif di mana siasatan juga mendapati kedua-dua ekor gajah liar tersebut merupakan sebahagian kumpulan gajah daripada ID Panti,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Salman berkata, gajah ditangkap itu dipercayai dari kumpulan yang pernah mengganggu sekitar kawasan Kampung Mawai, Kampung Lukut, Kampung Sendayan, Kampung Temenin, Felda Pasak, Felda Gugusan Lok Heng, Felda Gugusan Waha dan kawasan sekitarnya.

“Hasil pemantauan juga mendapati saki baki kumpulan gajah itu telah bergerak keluar dari kawasan Felda ke Hutan Simpan Seluyut.

“Pihak perhilitan akan terus melakukan kawalan bagi memastikan kumpulan gajah tidak berpatah balik ke kawasan Felda tersebut,”katanya lagi.

Terdahulu tular di Facebook rakaman video memaparkan sekumpulan gajah dianggarkan berjumlah 18 ekor melalui belakang surau perkampungan tersebut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI