fbpx

Dua ahli Geng Yoges diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa barangan yang dirampas hasil serbuan ke atas dua suspek yang melakukan jenayah samun sekitar daerah Kluang.

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

KLUANG – Dua ahli Geng Yoges yang aktif melakukan kegiatan jenayah samun sekitar daerah ini sejak Ogos lalu diberkas polis dalam dua serbuan berasingan pada Ahad dan semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kedua-dua suspek berusia 25 dan 34 tahun ditahan di Renggam dan Simpang Renggam di sini.

Menurutnya, suspek ditahan susulan laporan kes samun ke atas dua lelaki warga Bangladesh kira kira 8.30 malam di rumah kongsi di tapak pembinaan di Jalan Yap Tau Sah di sini 26 September lalu.

“Suspek melakukan samun ke atas mangsa dengan bersenjatakan parang dan kayu sebelum melarikan beberapa barangan milik mangsa.

“Antaranya dua telefon bimbit, wang tunai, ‘hand drill’ dan penjajar laser bernilai kira-kira RM7,000 dilarikan suspek,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Razak berkata, dalam serbuan itu juga, polis turut merampas sekeping kad pengenalan atas nama individu lain, dua topi keledar, tiga telefon bimbit pelbagai jenama dan satu resit hotel.

Selain itu, katanya, turut dirampas motosikal jenis Honda EX-5 dan Yamaha Ego, tiga surat perjanjian jual beli, satu ‘hand drill’ jenama Bosch dan sebatang kayu berukuran tiga kaki.

Abdul Razak berkata, kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam ujian saringan air kencing.

“Kedua-dua tangkapan telah direman di Mahkamah Majistret Kluang selama tujuh hari sehingga 6 Oktober ini dan salah seorang tangkapan mempunyai rekod jenayah lampau dadah dan jenayah,”katanya.

Jelas menerusi tangkapan itu, polis percaya dapat menyelesaikan tiga lagi kes samun dan mencederakan mangsa sekitar daerah ini.

Kes disiasat untuk tindakan di bawah Seksyen 395 / 397 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI